Secara ringkasnya, untuk menghasilkan animasi ringkas berpusing secara horizontal, kita memerlukan empat lukisan dengan posisi berbesa iaitu pandangan depan, pandangan sudut depan dan belakang dan akhir sekali pandangan tepi.
Anda boleh melihatnya di video di bawah bagaimana saya susun setiap posisi watak pada keyframe.
Dalam blog kreateef.com ni, terdapat juga animation ringkas (GIF). Untuk post ini saya sharekan animasi walk-cycle, animasi paling fevret. Tak kiralah bagaimana rupa wataknya, animasi pergerakan seperti berjalan, berlari, bangun, duduk dan apa-apa aktiviti pergerakan adalah tunjang kepada animasi tersebut.
Bagaimana nak hasilkan animasi ringkas seperti di atas? Saya tak kongsikan tutorialnya, tetapi asas yang perlu disediakan ialah:
- Perisian membuat animasi (Adobe Flash, After Effect, Powerpoint...)
- Rujukan pergerakan
- Fail GIF (atau movie seperti .avi/.mp4/.mov dll...)
- Laman web http://giphy.com/upload
Apa yang menariknya tentang laman web ini, anda boleh kongsikan animasi GIF anda di facebook, twitter, malah instagram. Anda tak boleh muat naik secara terus fail .gif di facebook atau instagram kerana fail tersebut dibaca sebagai statik sahaja (seperti jpeg) tanpa animasi dan memaparkan gambar pertama dalam turutan tersebut sahaja...
Dan, ianya percuma! Anda boleh cipta akaun di GIPHY dan bina portfolio animasi anda sendiri di sana. Selamat mencuba!
Kali ini saya akan menulis dalam Bahasa Malaysia.
Posting kali ini berkenaan speed drawing saya yang ke #9 iaitu lukisan siput yang comel. Ilham ni tercetus selepas anak-anak menonton filem Turbo. Rasa macam best pulak nak mencuba buat doodle siput yang kiut-miut nih...
Seperti proses sebelumnya, saya membuat lakaran terlebih dahulu, seperti gambar di bawah...
Untuk melihat proses seterusnya, saya sertakan video speed drawingnya di bawah. Tonton dan sharelah kepada rakan-rakan yang minat dengan melukis. Harapan saya, ianya dapat memberikan semangat kepada anda untuk menghasilkan karya anda sendiri...
Labels:
speeddrawing,
video
















