GIF Animation #1 Walk Cycling

Kanda Key | 12:28 | No comments


Dalam blog kreateef.com ni, terdapat juga animation ringkas (GIF). Untuk post ini saya sharekan animasi walk-cycle, animasi paling fevret. Tak kiralah bagaimana rupa wataknya, animasi pergerakan seperti berjalan, berlari, bangun, duduk dan apa-apa aktiviti pergerakan adalah tunjang kepada animasi tersebut.

Bagaimana nak hasilkan animasi ringkas seperti di atas? Saya tak kongsikan tutorialnya, tetapi asas yang perlu disediakan ialah:

  1. Perisian membuat animasi (Adobe Flash, After Effect, Powerpoint...)
  2. Rujukan pergerakan
  3. Fail GIF (atau movie seperti .avi/.mp4/.mov dll...)
  4. Laman web http://giphy.com/upload
Apa yang menariknya tentang laman web ini, anda boleh kongsikan animasi GIF anda di facebook, twitter, malah instagram. Anda tak boleh muat naik secara terus fail .gif di facebook atau instagram kerana fail tersebut dibaca sebagai statik sahaja (seperti jpeg) tanpa animasi dan memaparkan gambar pertama dalam turutan tersebut sahaja...

Dan, ianya percuma! Anda boleh cipta akaun di GIPHY dan bina portfolio animasi anda sendiri di sana. Selamat mencuba!



Email Newsletter

Like what you read here in this blog post?
Get more like it delivered to your inbox daily.



No comments:

Post a Comment